Sunday, February 14, 2010

Perjumpaan Ilmiah

Posted on 12:45 AM by Ambo

( PERJUMPAAN ILMIAH )


1. Islam.
Sesungguhnya agama yang diredhai Allah ialah agama Islam. Firman Allah ta^ala :



Maksudnya : ”sesungguhnya agama disisi Allah adalah agama Islam”.


2. Hikmah penciptaan jin dan manusia.
Untuk diperintahkan Allah untuk agar beribadah kepada-Nya.
Firman Allah ta^ala :



Maksudnya : ”Dan tiadalah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali (Aku perintahkan mereka) untuk beribadah kepada-Ku” ( surah az-Dzariyat: 56).

Sabda Rasulullah sallallahu ^alaihi wasallam:




Maksudnya : ”Hak Allah atas para hamba adalah mereka beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun”. ( Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim).


3. Kewajipan menuntut ilmu fardu ain.
Diwajibkan keatas setiap mukallaf untuk mempelajari kadar ilmu agama seperti aqidah, bersuci, solat, puasa, zakat bagi yang wajib mengeluarkannya, haji bagi yang mampu, maksiat-maksiat hati, tangan,mata dan lain-lain.

Allah Ta^ala berfirman :




Maknanya : “katakanlah (wahai Muhammad) tidaklah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui” – (Surah az-Zumar:9)

Sabda Rasulullah sallallahu ^alaihi wasallam :



Maksudnya : ”menuntut ilmu agama adalah wajib keatas setiap muslim(lelaki dan perempuan)” (hadith riwayat al-Baihaqi).


4. Kewajipan mempelajari ilmu tauhid dan kelebihannya.
Ilmu tauhid adalah ilmu yang paling utama,yang wajib dipelajari dan diketahui oleh setiap muslim. Ianya merupakan ilmu yang paling mulia berbanding dengan ilmu-ilmu lain kerana di dalamnya terkandung ilmu mengenali Allah ta^ala atas apa yang layak bagi-Nya, mengenali rasul-Nya, mensucikan Allah ta^ala dari sifat-sifat kekurangan yang tidak harus disandarkan kepada-Nya dan membebaskan para nabi dari tuduhan-tuduhan yang tidak layak terhadap mereka. Ilmu tauhid lebih afdhal (baik) daripada ilmu yang bersangkutan dengan hukum-hakam.

Firman Allah Ta^ala :




Maksudnya : “ Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada Tuhan
melainkan Allah dan mohonlah keampunan bagi dosamu ”
(surah Muhammad: ayat19)

Ayat ini sangat jelas mengisyaratkan keutamaan ilmu usul atau tauhid dengan menyebut kalimah tauhid ( la ila ha illallah) lebih dahulu daripada perintah beristighfar atau memohon keampunan yang merupakan cabang agama.

Rasulullah sallallahu ^alaihi wasallam pernah ditanya tentang sebaik-baik perbuatan, baginda menjawab;



Maksudnya : ”iman kepada Allah dan rasul-Nya”. (Riwayat al-Bukhari)


Imam as-Syafie telah berkata :



Maksudnya : “kami telah mendahului ilmu tauhid dahulu sebelum ilmu fekah”.

Imam Abu Hanifah telah menyebut di dalam kitabnya Fiqhul Absot :

اعلم أن الفقه في الدين أفضل من الفقه في الأحكام

Maksudnya : “ketahuilah bahawa ilmu tauhid itu lebih baik daripada ilmu yang berkaitan dengan hukum-hakam”.

Manakala Imam Abu Hasan al-asy’ari telah berkata :




Maksudnya : ” Perkara pertama yang wajib dipelajari oleh seorang hamba itu adalah ilmu mengenal Allah, Rasul dan agamanya”.

Memadailah bagi menunjukkan kepentingan ilmu tauhid ini sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dengan sanad yang sohih daripada Jundub bin Abdullah yang bermaksud :

”Adalah kami bersama-sama Rasulullah sallallahu ’alaihi wasallam dan waktu itu kami muda remaja. Kami mempelajari mengenai iman dahulu sebelum kami mempelajari al-Quran. Kemudian barulah kami mempelajari al-Quran maka bertambahlah iman kami”.


5. Apakah erti Tauhid?
Imam al-Junayd telah mengatakan bahawa tauhid adalah :




Maksudnya : “Tauhid adalah mensucikan(Allah) yang tidak mempunyai permulaan daripada menyerupai makhluk-Nya”.


6. Allah tidak menyerupai makhluk, Dia ada tanpa tempat dan arah.
Firman Allah Ta^ala :


Maksudnya : “Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatupun dari makhluk-Nya, dan tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya”.

Ayat ini adalah ayat yang paling nyata di dalam al-Quran yang menjelaskan bahawa Allah sama sekali tidak menyerupai makhluk-Nya.

Ulama menyatakan bahawa alam(makhluk Allah) terbahagi kepada dua bahagian iaitu benda dan sifat benda. Kemudian benda terbahagi kepada dua iaitu : benda yang tidak dapat dibahagikan lagi kerana telah mencapai batas terkecil(al-jawhar al-fard), dan benda yang dapat dibahagi menjadi bahagian-bahagian (jisim).

Benda yang terakhir ini (jisim) terbahagi kepada dua :-
1. Benda Lathif : sesuatu yang tidak dapat dipegang oleh tangan seperti cahaya, kegelapan,ruh, angin dan sebagainya.
2. Benda Katsif : sesuatu yang dapat dipegang oleh tangan seperti manusia,tanah,benda-benda padat dan selainnya.
Adapun sifat-sifat benda ialah seperti bergerak, diam, berubah, bersemayam, berada ditempat dan arah,duduk,turun,naik dan sebagainya.

Ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa Allah ta’ala sama sekali tidak menyerupai makhluk-Nya, bukan merupakan al-Jawhar al-Fard, juga bukan benda Lathif atau benda Katsif. Dan Allah juga tidak boleh disifati dengan apapun dari sifat-sifat benda.

Ayat tersebut cukup untuk dijadikan sebagai dalil bahawa Allah ada tanpa tempat dan arah.

Sabda Rasulullah sallallahu ^alaihi wasallam :




Maksudnya : ” Allah ada pada azali ( ada tanpa permulaan) dan belum ada sesuatupun selain-Nya”. ( Hadith riwayat al-Bukhari,al-Baihaqi dan Ibn al-Jarud).

Makna hadith ini bahawa Allah ada pada azali (tanpa permulaan), tidak ada sesuatu(selain-Nya) bersama-Nya. Pada azali belum ada angin, cahaya, kegelapan, Arasy, langit, manusia, jin, malaikat, waktu, tempat,arah dan lain-lain.

Imam al-Baihaqi dalam kitabnya al-Asma wa as-Sifat mengatakan : ”Sebahagian sabahat kami dalam menafikan tempat bagi Allah mengambil dalil dari sabda Rasulullah sallallahu ’alaihi wasallam :







Maknanya : ”Engkau az-Zohir (yang segala sesuatu menunjukkan akan ada-Nya), tidak ada sesuatu di atas Mu dan Engkaulah al-Bathin(yang tidak dapat dibayangkan) tidak ada sesuatu di bawah Mu” ( Hadith riwayat Muslim dan lainnya).

Jika tidak ada sesuatu di atas-Nya dan tidak ada sesuatu di bawah-Nya bererti Dia tidak bertempat”.

Berkata sayyidina Ali bin Abi Talib :




Maksudnya : ”Allah ada pada azali dan belum ada tempat, dan Dia sekarang(setelah menciptakan tempat) tetap seperti sediakala, ada tanpa tempat”. (diriwayatkan oleh Abu Mansur al-Baghdadi dalam kitabnya al-farq bayna al-Firaq).


7. Dzat Allah tidak boleh dibayangkan.
Imam Ahmad ibn Hanbal dan Imam Tsauban ibn Ibrahim Dzu an-Nun al-Misri(salah seorang murid Imam Malik) telah berkata :




Maksudnya : ”Apapun yang terlintas dalam benakmu (tentang Allah) maka Allah tidak menyerupai yang demikian itu(sesuatu yang terlintas dalam benak)”. (Diriwayatkan oleh Abu al-Fadl at-Tamimi dan al-Khatib al-Baghdadi).


8. Makna dua kalimah syahadah.

Di antara perkara yang wajib diketahui dan diyakini secara mutlak, dan wajib diucapkan dengan segera jika dia (mukallaf) kafir, atau jika dia seorang muslim maka wajib mengucapkannya dalam solat ; adalah dua kalimat syahadat, iaitu :

أشهد أن لاإله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله
Maksudnya : “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah”.

Makna أشهد أن لا اله الا الله : aku mengetahui, meyakini dan mengakui (dengan ucapan) bahawa tidak ada yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah.

Makna أشهد أنَّ محمّدًا رسول الله : "Aku mengetahui, meyakini dan mengakui (dengan ucapan) bahwa Muhammad ibn 'Abdullah ibn 'Abdul Muththalib ibn Hasyim ibn 'Abd Manaf al-Qurasyi (dari kabilah Quraisy) shallallahu 'alayhi wasallam adalah hamba Allah dan utusanNya kepada sekelian makhluk. Dan bahwa Muhammad lahir dan diutus (menjadi seorang Nabi dan Rasul) di Makkah, hijrah ke Madinah dan dimakamkan di sana".
Termasuk dalam kandungan makna syahadat kedua ini juga, meyakini bahawa Nabi Muhammad adalah benar dalam segala apa yang baginda bawa dan sampaikan dari Allah.


9. Sifat 13 bagi Allah.
Para ulama mengatakan hukum mengetahui sifat-sifat ini adalah fardu ain. Sifat-sifat ini berulang-ulang penyebutannya di dalam al-Quran samada pada lafaz mahupun maknanya. Sifat-sifat tersebut ialah :-
1.Al-Wujud : Allah ada,
2.Al-Qidam : sedia ada, Allah ada pada azali yang tidak bermula,
3.Al-Baqa’ : kekal abadi, tidak binasa dan tidak berakhir,
4.Mukhalafatu lil hawadith : maha suci daripada menyerupai segala yang baharu,
5.Qiyamuhu binafsihi : tidak berhajat kepada yang lain dan segala sesuatu berhajat kepada-Nya.
6.Al-Wahdaniyyah : Allah Esa,tidak ada sekutu bagi-Nya pada dzat,sifat dan perbuatan-Nya.
7.Al-Qudrah : Maha berkuasa ke atas setiap sesuatu.
8.Al-Iradah : Allah berkehendak dan kehendak-Nya mengatasi kehendak makhluk.
9.Al-Hayat : yang Maha Hidup, Allah hidup dengan hidup yang azali tanpa memerlukan kepada ruh, daging, darah dan selainnya.
10.As-Sama’ : mendengar segala sesuatu tanpa perlu kepada alat dan pancaindera seperti telinga dan sebagainya.
11.Al-Basar : melihat segala sesuatu tanpa perlu kepada alat dan pancaindera seperti telinga dan sebagainya.
12.Al-Kalam : berkata-kata tanpa memerlukan kepada alat seperti lidah dan sebagainya. Dan kalam Allah bukan huruf,suara dan bahasa.
13.Al-Ilmu : mengetahui segala sesuatu, apa yang telah berlaku,sedang berlaku dan yang akan berlaku.


Disediakan oleh ;
Abu Ahmad As-syafie