Tuesday, November 10, 2009

Dr. Asri - Wahabi?

Baru-baru ini gempar Dr. Asri ditangkap JAIS. Terkejut juga ambo mendengarnya. Terkejut sebab dia ditangkap, ye la seorang yang pernah bergelar mufti tiba-tiba ditangkap! sekarang ni tak tau apa ceritanya.

Ambo terkejut Dr. Asri ditangkap, tapi ambo tak terkejut kalau dia dikatakan wahabi, sebab banyak yang ambo baca apa yang ditulis olehnya, dengar apa dicakap olehnya, pendiriannya lebih kepada fahaman wahabi.

Ambo pun tak suka wahabi sebab ramai ulama-ulama yang menolak fahaman ini. Ulama-ulama ini tolak pun berdasarkan hujah-hujah dari al-quran dan hadis. Ambo kira ikut ulama-ulama ni je la, sebab ulama-ulama adalah pewaris para nabi. Ambo tak mampu nak fahami al-quran dan hadis tanpa penerangan daripada para ulama yang diiktiraf kesahihan ilmunya.

Banyak dah orang tulis pasal wahabi ni, kalau yang setuju, memang diangkat dan dijulang la fahaman ini,kununnya mereka penegak sunnah!

kalau yang tak setuju, memang kena hentam la fahaman ini.. tapi jika dibaca dan diselidiki hujjah-hujahnya, terserlah la kebenarannya.

Ya, Allah selamatkanlah aku dan ahli keluargaku daripada api neraka.

Saturday, November 7, 2009

Tahniah Kelantan & N.Sembilan

N9 akhirnya bergelar juara Piala Malaysia 2009, Kelantan pula hanya mampu bergelar naib juara. Tahniah kepada kedua-dua pasukan.

Semalam ambo tak pergi pun tengok bola kat stadium Bukit Jalil tu, sebab jauh sangat. Ambo tengok siaran langsung di tv je la. harapan ambo begitu menggunung nak Kelantan jadi juara kali pertama Piala Malaysia. Kali terakhir Kelate masuk final thn 1970, ambo tak dilahirkan lagi. Ambo mula tengok bola di Stadium Sultan Muhammad IV masa darjah 3, boleh katakan kerap juga la pegi, memang ambo minat juga la bola ni..

Kelantan termasuk pemain dan penyokong selalu dianggap sebagai 'pengganas', lebih ganas dari pasukan2 lain. ambo rasa ini tak adil juga, sebab banyak juga pasukan2 lain yang turut 'ganas'.
cuma apa yang ambo harapkan setiap kali ada perlawanan bola, hal-hal begini tidak terjadi.

Ambo tak mau ulas yg negeri2 lain, sebab ambo bukan dari negeri2 tersebut. Bagi kelate ambo fikir tiada pekdoh(faedah)nya kalau nak 'ganas-ganas' pun. Ambo org kelate sedikit sebanyak tahu jiwa org2 kelantan ni macamana, kadang2 logik2, kadang2 kurang logik, kadang2 tak logik langsung,begitulah....ramai orang banyak fi'ilnya.

Berbalik pada perlawanan semalam, ambo tak nak tulis pasal perlawanan bola tu, sini ambo nak tulis pasal sikap2 penyokong kelantan. Ambo memang bangga dengan kehadiran begitu ramai penyokong2 kelate ke bukit jalil, Hasbullah Awang kata 70% stadium dipenuhi penyokong merah putih. Tahniah kepada para penyokong kelantan! Kalau ikutkan hati, nak juga ambo pergi juga.

Satu yang ambo tidak suka, perbuatan segelintir penyokong yang bertindak kurang bijak dengan melempar mercun dan botol2 minuman ke padang. Selepas gol ketiga, macam berlaku perang pula, bunyi mercun sana sini, banyak betul mercun mereka bawa. Nampak di tv ada yang bakar kain rentang, bakar kerusi. Kenapa ini semua?? Tak puas hati dan kecewa?? Inikan bola...jangan terlalu emosila. Jangan buat tindakan yang boleh mencemarkan nama baik negeri kesayangan kita. Kalau betul2 penyokong, sokongla pasukan kesayangan sampai abis. Tahniah la pada penyokong2 yang setia semalam, nampak ada juga yang tak berganjak. Tetapi tv lebih fokuskan pada yang 'ganaz'.

Banyak kesan yang berlaku bila berlaku insiden-insiden sebegitu....kesannya kena pada semua orang!

apa pun tahniah sekali lagi pada skuad kelantan dan n9, dan penyokong2 yang tidak menimbulkan masalah dan tidak memalukan org2 kelantan.